Saturday, March 20, 2010

Sejarah Ringkas Masjid Nabawi

Masjid an-Nabawi (bahasa Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Rasullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa.Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl).Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut.Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamardan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid.Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali.Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing.Namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan.Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini.Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya"

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi.Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat.Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu.Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.

Sumber: http://sinarrasul.blogspot.com/2008/04/sejarah-masjid-nabawi.html

Menara masjid

Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.( Rujuk Buku Sejarah Madinah Al-Munawwarah Bergambar, editor by; Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. m/s 31.Edisi Pertama 1426 Hijrah/2005 Masihi. ISBN: 9960-49-477-0)
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_an-Nabawi

 ruang dalaman Masjid
Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah
Bumbung di ruang laman luar Masjid
Bumbung biasanya dibuka tatkala hari jumaat atau 
hari-hari tertentu untuk menampung kebanjiran jemaah
Bahang panas kembali beransur sejuk dan tenang sebaik bumbung dipasang

Seakan jemaah berada dalam masjid yang sebenar

3 comments:

nurdano said...

terima kasih...mohon kongsi maklumat untuk meyiapkan assignment sy yee..=)

Ramadan Rock said...

bole dapat sumber takkk ?

Anonymous said...

mohon share ye..tq

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...